05 April 2015

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT


Assalamualaikum semua... Apa khabar semua? hope kawan-sahabat semua sentiasa berada dalam keredhaan dari Allah swt..Okey tak nak cakap-cakap kosong..ada sahabat request "Macam mana nak solat Hajat?"..untuk semua sahabat-sahabat diluar sana yang nak tahu macam mana nak buat solat hajat tu boleh rujuk dekat bawah..


Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua raka’at.”    (Riwayat At-Tarmizi)


 Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai 

CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT


1. Lafaz niat

 "Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua rakaat kerana Allah Taa'la"

2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)

3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau 11 kali)


“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta ‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul ‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur. Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi syafaat  (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]

Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)

“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al - Fatihah, Ayat Al Kursi dan Surah Al-  Ikhlas


MEMBACA TASBIH

Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali: 


“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo li-min.” 
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau! Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.


ATAU MEMBACA TASBIH BERIKUT 1 KALI



Wirid Selepas Solat Hajat

.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah kalimat-kalimat berikut:
.
       a. Istighfar (10 / 100 kali)


“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.

.
      b. Zikir

“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da ro-suu-lul-laah.” 
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.

 .
     c.  Selawat (10 / 100 kali)


“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”

Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.

  
Doa Solat Hajat
  .
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut:







17 February 2015

pengambilan ATM 2015

Assalamualaikum...haiii sha nak bagi thu nie berita gmbira nie untuk anda iaitu pengambilan baru ATM 205 ....nie peluang untuk anda semua yang sedang cari perkerjaan ....

 Nie jadual pengambilan


Ok la sekian saja untuk hari ini....
So jgn lupa pergi ye kawan2...nie pluang terbaik untuk anda so jgn lepaskn perluang ye...sekarang kerja jgn memilih cngt nti melepas...so pikir2kn la ye kawan2...

Sha melabuhkan tirai dulu ye...bye kawan2...Assalamualikum semua

25 January 2015

LASAGNA JITRA MARI !!!

ASSALAMUALAIKUM... HAIII SEMUA KAWAN2x

harini sha ada something tok shre ngan uolls... 

haaa... LASAGNA... LASAGNA... LASAGNA... 

siapa yg ad area jitra mai la order LASAGNA JITRA MARI... pastinya uolls mesti tu ape tu lasagna kan... bg yg x tau... mai nk habaq...

Apa itu Lasagna? Lasagna adalah sejenis makanan Italy, seangkatan dengan pasta, spaghetti dan sebagainya. Komponen utama lasagna adalah Mee Lasagna yang berbentuk kepingan, Cheese, serta sos yang dibuat mengikut kreativiti sendiri.

Lasagna merupakan makanan yang versatile. Ia boleh digabungkan (combine) dengan pelbagai jenis bahan – ikan, daging, ayam, sosej, sayur mayur etc. Semuanya terpulang pada kreativiti sendiri. 
ha.... sudah pahammmmmmm...!!!

haaa... (banyak nye HA) sekarang ni tak payah susah-susah nak buat... leceh kan... nak mkn x la bnyak mana... tp bahan-bahan mentahkne beli bnyak + mahal pula kan... 
so sekarang ni sha nak UMUMKAN... Jeng jeng jeng... yang uolls boleh dapatkan lasagna area jitra dengan mudah dan pantas... -tapi mestilah ikut rules ye-

First---- order & Second---- payment.... lepastu tunggu ja lasagna sampai...done...!!!

Haaa...lupa plak crita pnjang2 harga plak lupa plak nak g thu kawan2x sekalian...hehehe


Harga dy mengikut saiz tertntu okkk...

(Pic Ketam) >>>> RM 14.00 bersaiz(M)
(Pic Burung) >>>> RM 22.00 bersaiz (L)
(Pic Arnab) >>>> RM 47.00 bersaiz (XL)
(Ikut dlm pic tu tau)

Okeyh.. tu ja yang nk sha share harini... jadi... apalagi mai la order nohh... warga jitra saja.... hehhe... 
nak oder sila PM Sha kat facebook Sha ye...kat sini tau >>>>> https://www.facebook.com/shazwanie1 

Pm jangan x PM yee...hehhe spa cepat dy dpat...ingt area JITRA KEDAH jew tauu

Wassalam"

24 January 2015

Resepi Popia Pisang

Assalamualaikum semua....haiii di sini Sha nak kongsikan lagi resepi baru yg makin panas di Malaysia...hehheh apa lagi klu bukan popia pisang...meliurkn ...emmmm sedap rasa...

Ok2x jom kawan2x msti x sbar kn nak thu mcm mna nak buat kn....resepinyaaaa



Bahan-bahan ( 4 biji popia ):

2 biji pisang berangan -dibelah 2 dan dikerat 2 (jadi 4 bahagian) (apa2 pisang pon boleh tau)
kelapa parut secukupnya (digaul sedikit dengan garam)
gula perang
kepingan badam (optional) kacang tanah, gajus pun boleh...
4 keping kulit popia (saiz besar)
sedikit kuning telur-dipukul
minyak masak untuk menggoreng


Cara-cara:
1.  Ambil sekeping kulit popia
2.  letakkan pisang tadi (2 kerat)
3.  letakkan juga gula perang, kelapa parut dan kepingan badam.
gulung seperti biasa
4.  Dihujung kulit popia, sapukan telur untuk melekatkan kulit popia itu.
5.  Goreng dengan api yang perlahan hingga kekuningan
6.  Siap untuk dihidangkan....


selamat mencuba yeee kawan2x...