Assalamualaikum semua... Apa khabar semua? hope kawan-sahabat semua sentiasa berada dalam keredhaan dari Allah swt..Okey tak nak cakap-cakap
kosong..ada sahabat request "Macam mana nak solat
Hajat?"..untuk semua sahabat-sahabat diluar sana yang nak tahu macam mana
nak buat solat hajat tu boleh rujuk dekat bawah..
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa
yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau kepada seorang manusia, maka
hendaklah ia berwuduk dengan sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua
raka’at.” (Riwayat At-Tarmizi)
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang didirikan untuk
memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan dan kesukaran. Ia dilakukan
bagi mengharapkanpertolongan daripada Allah SWT dan memohon sesuatu
perkara atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu
dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai
CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT
1. Lafaz niat
"Sahaja aku menunaikan solat sunat hajat dua
rakaat kerana Allah Taa'la"
2. Baca Surah Al-Fatihah (Rakaat 1 & 2)
3. Rakaat 1: Surah Al Kafirun atau Ayat Kursi (1 kali atau
11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta
‘khudzuhu sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man dzal
ladziiyasy fa ‘u ‘indahu illaa biidznih, ya ‘lamu maa baina aydiihim wa maa
khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in min’ilhimi illaa bimaa syaa-a, wasi’a
kursiyuhus samaawaati wal ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwal’aliyuul
‘azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi
terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur.
Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi. Siapakah yang dapat memberi
syafaat (pertolongan) di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui
apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, sedang mereka tidak
mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kerajaan
Allah (IlmuNya dan KekuasaanNya) meliputi langit dan bumi. Dan Allah tidak
merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya),
lagi Maha Besar (kekuasaanNya).” [Surah Al Baqarah 255 (Ayatul Kursiy)]
Rakaat 2: Surah Al Ikhlas (1 kali atau 11 kali)
“Qul huwallaahu ahad, Allaahush shamad, Lam yalid walam
yualad, Wa lam yakun lahu kufuwan ahad.”
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia
tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang
setara dengan-Nya.”
*Sesungguhnya sebahagian daripada doa yang tidak ditolak
ialah bersolat, di mana ia membaca pada setiap rakaat Surah Al - Fatihah, Ayat Al Kursi dan Surah Al- Ikhlas
MEMBACA
TASBIH
Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi
salam), terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu
mi-naz-zhoo li-min.”
Tiada Tuhan melainkan Dikau (Allah)! Maha Suci Dikau!
Sesungguhnya daku ini dari golongan orang yang aniaya.
ATAU
MEMBACA TASBIH BERIKUT 1 KALI
Wirid Selepas Solat Hajat
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah
kalimat-kalimat berikut:
.
a. Istighfar (10 / 100
kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu-bu
i-laih.”
Daku memohon ampun kepada Allah, Tuhanku, daripada segala
dosa dan daku bertaubat kepada-Nya.
.
b. Zikir
“Laa-i-la-ha il-lal-laah, Mu-ham-mad-da
ro-suu-lul-laah.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan Allah.
.
c. Selawat (10 /
100 kali)
“Allaahumma shalli ‘alaa Sayyidinaa Muhammadin wa ‘alaa
aalihii Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi
Muhamad SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami Muhamad SAW.
Doa Solat Hajat
.
Teruslah memohon hajat yang dikehendaki sewaktu masih
bersujud. Kemudian duduk semula dan bacalah doa berikut: