12 June 2014

Pengambilan Perajurit Muda ATM ( Lelaki & Wanita ) 2014

Hai2x Assalamualaikum n selamat petang semua rakan2x blog sekalian...pada hari ini sha nak kongsikan sedikit info tentang Pengambilan Perajurit Muda ATM...thu x ATM tu apa???? Angkatan Tentera Malaysia...baru2 nie ATM baru saja menyambut hari ATM yg ke 81 tahun...



sesi ini Pengambilan akan bermula di Zon Utara sampai Sarawak bermula 16 Jun 2014 ini...dah x lma dahhh siap sedia owg utara...smpai 25 Jun 2014...Tentera Darat Malaysia (TDM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berkelayakan dan memenuhi syarat untuk menghadiri sesi Pemilihan Awal Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat. Calon-calon yang layak akan dipanggil untuk menghadiri sesi Pemilihan Akhir Perajurit Muda Lelaki Tentera Darat sebelum menjalani Latihan Asas Ketenteraan selama 6 bulan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson, Negeri Sembilan......mesti x sabar2 kan apa syrat2nya kan2...


             


Ok disini sha akn tunjukkan syrat2x nya yeee...periksa betoi2x thu kawn2x nti padaperiksa x sama degn syrat yg depa mahu depa akan surh pulang macam tu ja thu....so periksa btoi2x thu...


KELAYAKASN AKADEMIK



  1.  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dengan mendapat KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu, Matematik, salah satu subjek Sains dan LULUS dalam Bahasa Inggeris.
  2.  Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) TAHAP 2 ke atas dalam bidang ketukangan yang berkenaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
  3. Diploma dalam bidang Kejuruteraan atau Pembantu Perubatan/Kejururawatan/Inspektor Kesihatan/Kesihatan Persekitaran/Juruteknologi Makmal Perubatan/ Juruteknologi X-Ray/ Radiografi/Pengimejan Perubatan/ Pembantu Farmasi/ Juruteknologi Pergigian/ Jururawat Pergigian/ Jurupulih Perubatan Anggota/ Fisioterapi/ Jurupulih Perubatan Cara Kerja/ Fisioterapi Cara Kerja/ Kesihatan Haiwan dan Penternakan/Pembantu Veterinar atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM.
  4. Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) atau Diploma Pelbagai Bidang (selain bidang tersebut di atas) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan KEPUJIAN dalam Bahasa Melayu peringkat SPM – dipertimbangkan kemasukan melalui Skim SPM



LAIN-LAIN KELAYAKAN

  1. Warganegara Malaysia. Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 25 tahun pada tarikh angkat sumpah (5 Dis 14).
  2. Kes Polis/Mahkamah. Pemohon mestilah bebas dari sebarang kes jenayah/dadah/juvana.
  3. Taraf Kesihatan. Tahap penglihatan ialah 6/6 tanpa kaca mata dan kanta lekap. Calon-calon mesti lulus pemeriksaan kesihatan yang dijalankan oleh Pegawai Perubatan ATM iaitu memenuhi taraf Darjah Kesihatan Tubuh (DKT – Forward Everywhere (FE) iaitu boleh diatur gerak untuk semua tugas-tugas pertempuran di mana-mana bahagian dunia.
  4. Kriteria Pemilihan. Proses pemilihan adalah berdasarkan kepada merit: kelayakan akademik, ujian fizikal, ujian bertulis (IQ dan Psikologi) serta ujian kecergasan. Kecemerlangan dalam bidang sukan juga diberi keutamaan.
syarat ini sangat penting ya kawn2...klu x lepas di surh balik ja thu...baik periksa dulu ye kawan2x ku sekalian 

Syarat Minima Ukuran Fizikal:
Ukuran Lelaki/ Wanita Tinggi  = 1.62m 
Berat Lelaki/ Wanita = 47.5kg 
BMI (Berat bahagi Tinggi bahagi Tinggi) Lelaki/ Wanita = 18-25 
Ukuran Dada Biasa (bagi lelaki sahaja)  = 76sm
 Ukuran Dada Kembang (bagi lelaki sahaja) = 81sm
Ok dah tahu kan syrat2x nya kan....dah lepas semua syrat2x itu mari kita lihat dokumen yang perlu dibawa semasa pemilihan tersebut....

DOKUMEN & SIJIL DIPERLUKAN


Pemohon dikehendaki membawa bersama dokumen ASAL dan satu salinan fotostat dokumen-dokumen seperti berikut:
  1. Kad Pengenalan.
  2. Sijil Kelahiran.
  3. Sijil SPM atau Slip Peperiksaan (2013 sahaja).
  4. Sijil SKM Tahap 2.
  5. Diploma dan Transkrip (IPTS terlibat hendaklah mempunyai Malaysian Qualification Agency (MQA)/ Agensi Kelayakan Malaysia.
  6. Dip Kejururawatan – Wajib Lulus Peperiksaan dan Berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia - sertakan bersama Perakuan Pendaftaran oleh Lembaga Jururawat Malaysia.
  7. Sijil Berhenti Sekolah.
  8. Fotostat Kad Pengenalan ibu bapa atau Sijil Kematian bagi ibu bapa yang telah meninggal dunia.
  9. Surat Nikah/Sijil Pendaftaran Perkahwinan dan Sijil Daftar Kelahiran Anak.
  10. Sekeping gambar terkini berukuran passport.
  11. Sila bawa bersama ball pen hitam.
  12. Sampul Surat Pos Ekspres (Pos Malaysia – berharga RM3.00) – saiz sampul 220mm x 110mm.

                  PUSAT-PUSAT PEMILIHAN 

                  Sila Hadir Dengan Berpakaian Kemas Di Pusat-Pusat Pemilihan Yang Tercatat Di Bawah : Masa Pendaftaran: 8.00 pagi


                  PUSAT PEMILIHAN ZON UTARA

                  16 Jun 14
                  kangar
                  Rej 504 AW,
                  Kem Bukit Keteri, 02450 KANGAR

                  18 Jun 14
                  Bukit Pinang
                  Rej 513 AW, Kem Bukit
                  Pinang, 06100 A.SETAR

                  20 Jun 14
                  Kulim
                  Bn Ke-2, Rej 513 AW, Kem
                  Jalan Bukit, 09000 KULIM

                  22 Jun 14
                  P.Pinang
                  Rej 509 AW, 15 Lebuhraya
                  Peel, 10350 P.PINANG\

                  24 Jun 14
                  Ipoh
                  Rej 503 AW, Kem Jalan
                  Tambun, 30350 IPOH

                  26 Jun 14
                  Teluk Intan
                  Bn Ke-3, Rej 503 AW, Kem
                  Teluk Intan, 36000 T.INTAN
                    ZON SELATAN/TENGAH

                  16 Jun 14
                  Johor Bahru
                  Rej 501 AW, Kem Tebrau, 80990 JOHOR BAHRU

                  18 Jun 14
                  Mersing
                  MK Garison Mersing, Kem
                  Iskandar, Tanjung Sekakap,
                  86800 MERSING

                  20 Jun 14
                  Kluang
                  MSS Kluang,Kem Mahkota,
                  86000 KLUANG

                  22 Jun 14
                  Bukit Beruang
                  Rej 514 AW, Kem Bukit
                  Beruang, 75450 MELAKA

                  24 Jun 14
                  Port Dickson
                  PULAMOR, Kem Sebatang
                  Karah, 71050 P.DICKSON

                  26 Jun 14
                  K.Lumpur
                  MK 12 Bgd, Kem Wardieburn, 
                  53300 SETAPAK, K.Lumpur

                  ZON TIMUR/HULU PERAK/HULU SELANGOR

                  16 Jun 14
                  Temerloh
                  MSS Temerloh, Kem Batu 3,
                  28000 TEMERLOH

                  18 Jun 14
                  Kuantan
                  Rej 505 AW, Kem Sri Kuantan, 
                  25050 KUANTAN

                  20 Jun 14
                  Kuala Terengganu
                  18 RAMD, Kem Sri Pantai, Seberang Takir ,
                   21300 KUALA TERENGGANU

                  22 Jun 14
                  Pengkalan Chepa
                  21 RAMD, Kem Pengkalan Chepa, 
                  16100 KOTA BHARU

                  24 Jun 14
                  Gerik
                  4 RS, Kem Gerik,
                  33300 GERIK

                  26 Jun 14
                  Kuala
                  Kubu Bharu
                  4 RSD, Kem Erskine,
                  44000 KUALA KUBU BHARU 

                  SABAH

                  17 Jun 14
                  Sandakan
                  22 RAMD, Kem Sri Kinabatangan,
                  90000 SANDAKAN

                  19 Jun 14
                  Kota Kinabalu
                  MSS Lok Kawi,
                  89580 KOTA KINABALU

                  22 Jun 14
                  Kota Belud
                  Bn 1 Rej 507 (AW) Kem Paradise 
                  89150 KOTA BELUD

                  25 Jun 14
                  Tawau
                  Rej 516 AW, Kem Kukusan,
                  91000 TAWAU 

                  SARAWAK

                  17 Jun 14
                  Miri
                  20 RAMD, Kem Sri Miri, 98000 MIRI

                  19 Jun 14
                  Kuching
                  MK 3 Bgd, Kem Penrissen,
                  93250 KUCHING

                  22 Jun 14
                  Sri Aman
                  13 RAMD, Kem Pakit,
                  95000 SRI AMAN

                  25 Jun 14
                  Sibu
                  MK 9 Bgd, Kem RASCOM,
                  96000 SIBU

                  Nota:
                  Bagi calon-calon yang telah menghadiri Pemilihan Awal Perajurit Muda Tentera Darat bermula bulan April 2014
                  (Pemilihan Setempat/Karnival/Expo/Pameran/Promosi Kerjaya dsb) tidak perlu hadir.

                  Akhir sekali klu ada sebarang pertanyaan kan kwn2x boleh tnya pada cawagan sumber manusia tentera Darat Malaysia @ layari laman web seperti dibawa....

                  Sebarang Pertanyaan Sila Hubungi:
                  Sel Pemilihan Perajurit Muda Tentera Darat,
                  Cawangan Sumber Manusia,
                  Markas Tentera Darat 2,
                  Kementerian Pertahanan,
                  Jalan Padang Tembak,
                  50634 KUALA LUMPUR
                  Tel: 03-2071 3807/4254/4523/4258
                  atau
                  Layari Laman Web:
                  http://army.mod.gov.my
                  www.mod.gov.my

                  banner20141

                  ok la sekian saja la sha beri info kat kwn2x untuk hari ini....jangn lupa ye kongsi2 kat kawan2 sama ye...hhehe ok selamt petang semua assalamualaikum semua...byeeee

                  2 comments:

                  1. assalamulaikum..terima kasih banyak banyak atas pegumuman anda kepada saya tentang pemilihan prajurit muda ini..jasa baik anda amatlah dihargai...;)

                    ReplyDelete
                    Replies
                    1. waalaikumsalam....sama2 ....x ada masalah ....klu ada apa2 nfo g saya akn update lgi ye....

                      Delete