24 January 2015

Resepi jeruk mangga asam boi menjadi fenomena





Resepi jeruk mangga. Adakah ini bermakna makanan ini bukan lagi hanya untuk ibu-ibu mengandung yang mengidam Jeruk mangga? Sha tengok bertalu-talu kisah jeruk mangga ini muncul di timeline Facebook dan juga Instagram. Kat Twitter pun ada gak muncul kadangkala. Ramai juga yang sedang mencari dan mencuba resepi jeruk mangga ni.

Sha sebenarnya pun suka makan jeruk. Sesekali, Sha dan kawan akan pergi dapatkan jeruk kat kedai Jeruk Madu Pak Ali. Hmm .. al fatihah buat Pak Ali. Tak boleh makan selalu jeruk ni, sebab dia berasid, tak elok untuk kesihatan perut. Kalau makan sekadar nak hilang gian dan mengidam, ok la kot. Alah .. la ni bukan kira dah ngidam ke tak .... semua pakat bantai makan .. benda sedap ... hoho siapa yang tidak suka, lelaki pompuan sama je hentam ..

Resepi nak buat jeruk mangga ni tak susah pun. Cuma yang mungkin nak jadi masalah ialah bekalan Mangga tu, atau juga dikenali sebagai Mempelam, atau juga disebut sebagai buah Pauh kata org ganu or kelantan. Ada yang membezakan setiap jenis dan nama ni .. tapi bagi Sha ... semuanya sama je ketika ia masih muda, rasanya tetap masam, walaupun ada jenis yang ada rasa kelat sedikit.



Bila bekalan Mangga atau buah Pauh ni susah nak dapat, maka akan hadirlah mereka yang bijak ambil peluang untuk pasarkan produk ini. Untuk mereka yang benar-benar nak merasa, nak makan, yang dok mengidam jeruk Mangga, pasti cara paling mudah nak dapat ialah dengan membelinya dari mereka yang menjual.

Ok.

Katakan kawan2x tidak ada masalah dari segi bekalan buah Mangga atau Mempelam atau Pauh ini; bolehlah cuba untuk buat sendiri. Kata orang, buat sendiri jeruk ini lebih puas hati, boleh adjust untuk kena dengan citarasa sendiri.

Resepi Mudah Membuat Jeruk Mangga Asam Boi


Tak susah pun nak buat jeruk Mangga sendiri. Seperti awal yang Sha katakan tadi, perkara utama ialah Mangga, tak ada Mangga, maka takkan adalah jeruk Mangga sendiri.. hoho ...

Untuk buat jeruk Mangga, bahan-bahan berikut diperlukan:


Mangga atau Mempelam atau buah Pauh muda. Nak lagi syok yang dianggap kirau atau hampir nak masak. Sebabnya? Tak adalah keras sangat nak makan nanti. Tapi ada yang kata, elok yang muda belia, sebab bila jadi jeruk, dia akan jadi lembut. Ok .. itu terpulang pada citarasa, sebab itu buat sendiri lebih afdal kalau tekak ni susah nak terima citarasa orang lain... ye tak?

Asam Boi. Yang ini anda boleh dapati dengan mudahnya di kedai-kedai. Fenomena jeruk Mangga terkini kena letak Asam Boi, kata mereka lebih asyik ... hoho ...

Gula. Bahan penting untuk menjadikan Mangga tadi bertukar menjadi jeruk. Kuantitinya banyak, Sha  boleh katakan ia mestilah lebih dua kali ganda daripada bahan utama Mangga itu tadi. Jika ada Mangga dalam 3 bijik, paling kurang gula nak kena ada 9 sudu besar gula.

Garam. Ada yang letak, ada yang tak letak. Bagi Sha elok letak sedikit sebagai penambah perisa. Ia bergantung dengan Asam Boi tadi, kalau letak Asam Boi banyak, maka garam ni boleh dianggap tak perlu pun, sebab Asam Boi ada rasa manis, masin gitu ... :)

Dan bahan yang dianggap cukup penting untuk jadikan jeruk Mangga asam boi .. ialah cili api. Cili Api mestilah dari jenis berapi-api pedasnya. Banyak atau sedikit terpulang kepada kawan2x. Kalau mahu lebih pedas, maka letakkanlah banyak ... segengam pun tak mengapa....hahha

Teknik Menggaul Kena Betul
Caranya ... mula masukkan Mangga muda tadi ke dalam bekas dan masukkan gula. Gaul sehingga sebati. Oh ya, jangan lupa potong kecil-kecil buah Mangga tadi, saiz potongan penting supaya ia senang mudah nak dijerukkan. Jika besar sangat, nanti tak rasa sebatian campuran nanti. Jadi, Sha syorkan ia dipotong kecil, tetapi tidak terlalu kecil. Pastikan juga sebelum dicampur dan digaul, Mangga tidak terlalu berair atau basah.

Bila dah gaul Mangga dengan gula sehingga sebati, barulah dimasukkan Asam Boi. Kawan2x akan lihat, campuran sebati Mangga, gula dan Asam Boi akan keluarkan sedikit cecair. Jadi, tak perlu tambah air.

Kemudian, masukkan sedikit garam jika perlu. Bab ni kawan2x kena rasa sedikit. Kalau macam tak ada kelainan 3 rasa, barulah masukkan garam.

Lepas tu, masukkan bahan terakhir iaitu cili api. Potong cili api ini kecil-kecil, lagi halus lebih baik. Sebabnya mudah untuk bahan-bahan itu bergaul mesra dan rasa pedas itu terserap dalam sebatian tadi. Gaul dan gaul .. dan gaul ... sampai nampak semua dah sekata rata.

Masukkan dalam bekas bertutup.

Siap.

Masukkan sebatian atau campuran jeruk Mangga ini ke dalam peti ais. Biarkan selama 4-5 jam. Lebih sejuk, lebih sedap ... baru kawan2x akan terasa kemanisan gula, keserasian rasa Asam Boi, dan pedasnya cili api tadi.

Mungkin entri ni tak berapa nak jelas sangat mengenai resepi jeruk Mangga Asam boi yang tengah menjadi fenomena ni, 

Ok. Selamat mencuba Resepi Jeruk Mangga Asamboi ini.



No comments:

Post a Comment